Thursday, February 5, 2009

KOMPANG





Pengerusi Teknik Kompang


En Zapri b. Mat Zain tel: 019 9882734


Tarikh Pertandingan

Peringkat Negeri 11 Mei 2009

Tempat: PPD Kuala Krai


Peringkat Kebangsaan 23-25 Jun

Tempat: JPN Selangor

PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH 2009


1. MATLAMAT
Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.
2. OBJEKTIF
2.1 Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat muzik tradisional.
2.2 Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman sesama mereka.
2.3 Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.
2.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.
2.5 Mengamalkan semangat toleransi, berdisiplin dan bekerjasama. 2.6 Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan. 2.7 Memperluaskan integrasi nasional.


3. PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain.
3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni budaya tradisional.
3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.

4. PENYERTAAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan.
4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang dan maksimum seramai 16 orang.
4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum).


5. PERSEMBAHAN
5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan sendiri oleh pasukan masing-masing.
5.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci (boleh dipelbagaikan dalam pasukan).
5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit .
5.4 Tempoh mass persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana­mana kompang daripada pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter.
5.5 Irama adalah bebas.
5.6 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluan iaitu MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG.
5.7 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.
5.8 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan. 5.9 atau Dikir tidak_ dibenarkan.
5.10 Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah tidak dibenarkan.


6. PAKAIAN
6.1 Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan.

7. SISTEM PERMARKAHAN
7.1 Markah dibahagikan seperti berikut7.1.1 Paluan Kompang
a. Gubahan Pola Irama (Kreativiti) 15 markah
b. Bentuk Paluan (Kreativiti) 15 markah
c. Kualtiti Ton 15 markah
d. Tempo 10 markah
e. Dinamik & Ekspresi 5 markah
7.1.2 Formasi
a. Kreativiti 15 markah
b. Keseragaman 10 markah
c. Kesesuaian Gerakan dengan Paluan 10 markah
d. Ketrampilan 5 markah
7.2 Jika terclapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, make pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan pemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1 di etas dan keputusan hakim adalah muktamad.
7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah akan ditolak bagi setiap minit selepas itu.
7.4 Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah.
8. HADIAH PEMENANG
8.1 Johan Piala Iringan, Sijil clan Cenderahati
8.2 Naib Johan Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati
8.3 Ketiga Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati


9. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN
Selangor Jun 200910. HAL-HAL LAIN
Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata dalam syarat-syarat pertandingan, pihak Penganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan clan setiap keputusan adalah muktamad.
Bahagian Sukan, Seni clan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

3 comments:

  1. Askm, info yang diberi sama tak antara sekolah rendah dan menengah?.Boleh tak pihak tuan sertakan syarat pemarkahan untuk kompang formasi ini?dimanakha saya boleh dapatkan CD pertandingan kompang formasi tahun-tahun yang lepas untuk dijadikan rujukan.

    ReplyDelete
  2. boleh tak disertakan lagu(kompang berlagu)untuk formasi kompang.

    ReplyDelete