Tuesday, February 3, 2009

SENARAI TUGAS:

TUGAS BERKAITAN PENGURUSAN ORGANISASI
1.Bertanggungjawab kepada Menteri Pelajaran, KPPM, Pengarah
Pelajaran Negeri, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Ketua Unit Kokurikulum bagi melaksanakan tugas berkaitan dengan Dasar Pelaksanaan Program dan Aktiviti Kokurikulum dan tugas-tugas lain yang diarahkan.
2.Membantu merancang dan menyelaras Sasaran Kerja Tahunan bagi Unit
Kokurikulum JPN.
3.Membantu mengumpul dan menganalisis data-data penglibatan murid berkaitan dengan program dan aktiviti kokurikulum Jabatan dan mengemaskini dari semasa ke semasa.
4.Membantu mengatur dan menyelaras aktiviti kokurikulum yang melibatkan murid-murid sekolah bagi pelaksanaan peringkat negeri dan kebangsaan.
5. Membantu merancang dan mengelolakan aktiviti unit beruniform, perkembangan koperasi sekolah, kokurikulum akademik dan penubuhan kelab-kelab dan persatuan sekolah-sekolah.
6. Menghadiri atau mewakili Unit, Sektor atau Jabatan ke mesyuarat, taklimat, kursus atau seminar yang diarahkan.
7. Membantu, merancang,menyelaras, menyelia dan menyediakan keperluan dan penggunaan logistik bagi sesuatu program atau aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
8. Melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidikan, Perancangan Strategik, pembangunan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
9.Merancang dan menguruskan keperluan sesuatu mesyuarat, taklimat, penerangan, bengkel dan kursus yang dikelolakan oleh Unit Kokurikulum seperti yang diarahkan.
10. Menyimpan dengan baik sebarang maklumat yang berkaitan dengan kerahsiaan Jabatan, Kementerian, dan Kerajaan kecuali kepada pihak atasan yang dibenarkan sahaja.
11.TUGAS BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN PERSONEL
12. Bertanggungjawab melaksanakan tugas dan peranan sebagaimana yang diarahkan.
13,Membantu merancang, mengurus dan melaksanakan latihan kepada guru-guru, jurulatih dan 14. Memantau dan menilai penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum, kelab dan persatuan, kokurikulum akademik, unit beruniform dan aktiviti luar di peringkat sekolah, PPD, Jabatan dan Peringkat Kebangsaan.
15. Memproses permohonan pelepasan guru dan murid yang diperlukan bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti kokurikulum.
16.Memantau, menyelia, menilai dan menjaga kebajikan anggota bawahan yang melaksanakan aktiviti di semua peringkat.
17. Memastikan pegawai dan anggota bawahan di Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah sentiasa mengemaskini data dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum mengikut tempoh yang ditetapkan.
18. Merancang dan menyediakan bentuk serta memberikan pengiktirafan atau penghargaan kepada guru dan murid serta pegawai bawahan yang terlibat dengan sesuatu program atau aktiviti kokurikulum.
19.Menghadiri majlis atau aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan sebagai memberi sokongan moral dan menghargai penglibatan mereka (guru dan murid).
20. Memastikan penglibatan guru, murid dan individu lain dengan aktiviti kokurikulum anjuran Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah adalah mengikut peraturan dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuatkuasa.
21. TUGAS BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN KEWANGAN
22 Membantu merancang, mengurus dan memantau perbelanjaan
peruntukan kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Unit
Kokurikulum dan Pusat Kokurikulum Negeri.
23 Membantu mengelola peruntukan kewangan bagi program dan aktiviti
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bagi aktiviti perkhemahan, pertandingan-pertandingan dan program yang melibatkan unit beruniform, Kelab dan Persatuan, Kokurikulum Akademik.
24 Membantu membuat rumusan dan analisis perbelanjaan setiap program
dan aktiviti Kelab dan Persatuan, Unit Beruniform, Motivasi, Pendidikan Luar, Kokurikulum Akademik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
25. Membantu menguruskan dokumen-dokumen pembayaran kepada
pembekal sesuatu program atau aktiviti supaya cepat, tepat dan mengikut tempuh sesuai serta mematuhi semua peraturan dan Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.


TUGAS BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM
1.Menyelaras aktiviti-aktiviti Pasukan Unit Beruniform, Kelab dan
Persatuan,Kokurikulum Akademik dan bidang Penggalakan bagi sekolah rendah dan menengah.
2. Membantu merancang dan mengurus serta mengawalselia setiap aktiviti Unit Kokurikulum peringkat negeri dan daerah.
3.Membantu memantau program dan aktiviti Kokurikulum peringkat sekolah dan daerah.
4.Membantu menjalankan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Kokurikulum peringkat sekolah, daerah dan negeri.
5.Memastikan murid-murid seluruh negeri menyertai semua program dan aktiviti Kokurikulum dan Pendidikan Luar Peringkat Kebangsaan.
6. Menyelaras dan meninjau kemajuan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan.
7.Mengurus dan melaksanakan program dan aktiviti Kokurikulum yang berkaitan dengan bidang Pasukan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, Penggalakan Sains dan Teknologi, Keusahawanan dan semua aktiviti Kokurikulum Akademik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
8. Melaksanakan penyeliaan dan pemantauan program dan aktiviti Kokurikulum yang berkaitan

9. Memastikan prosedur keselamatan pelanggan yang terlibat dalam setiap program dan aktiviti bidang Kokurikulum di tahap yang optimum.

TUGAS-TUGAS LAIN
1. Mewakili Pengarah Pelajaran Negeri, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Ketua Unit Kokurikulum dalam mesyuarat berkaitan, Majlis Perasmian/Penutup, program-program lain yang berkaitan dengan aktiviti Kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri maupun peringkat kebangsaan.
2 Merancang dan melaksanakan program permuafakatan dengan agensi kerajaan (GO), berkanun, swasta, persaorangan dan agensi bukan kerajaan (NGO).
3 Terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program berkaitan dengan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri.
4 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dengan Agensi Luar sebagaimana yang diarahkan.
5 Menyelaraskan penglibatan pelajar dalam aktiviti SAMBUTAN dan PERAYAAN dan PERTANDINGAN peringkat negeri dan kebangsaan.
6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pelajaran.

No comments:

Post a Comment